Setiap hari kita perlu membersihkan badan dengan menggunakan sabun mandi, shampu, ubat gigi dan lain-lain bahan mandian. Begitu juga dengan barangan dapur dan rumah yang kita gunakan seperti sabun basuh baju, pinggan mangkuk, lantai dan lain-lain. kebanyakan pengguna membeli barang dengan melihat jenama tetapi tidak kepada bahan kimia yang digunakan. Bahan kimia yang digunakan dalam setiap barangan seperti yang disebutkan tadi sebenarnya adalah sangat penting. Ini kerana ada bahan kimia yang digunakan akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan pengguna secara tidak langsung dan memberi kesan dalam jangka hayat yang panjang.
Dalam episod ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES). SLS ataupun SLES adalah salah satu bahan kimia yang terdapat di dalam barangan seperti sabun dan shampu yang kita gunakan setiap hari.
Kenapa kebanyakan produk berkaitan mempunyai SLS ataupun SLES???
Bagi produk seperti sabun pinggan mangkuk, lantai dan lain-lain, ia juga adalah berfungsi untuk menanggalkan minyak dan kotoran.
Ianya juga adalah murah dan ini dapat mengurangkan kos pembuatan produk tersebut.
Keburukan SLS dan SLES.
Sama juga fungsinya kepada kulit pengguna. Ianya akan melarutkan minyak di dalam kulit pengguna dan menyebabkan kulit menjadi kering. Ianya juga akan mengubah protein kulit dan akan menyebabkan keradangan pada kulit dan juga mudah mencemarkan bahagian kulit luar yang sensitif. SLS juga banyak memberi kesan ke atas mata pengguna.
Yang lebih membimbangkan adalah SLS akan diserap oleh kulit pengguna. Apabila SLS sudah diserap oleh kulit, kesan utama adalah SLS akan berfungsi sama seperti hormon estrogen dalam badan manusia. Ini akan memberikan banyak kesan buruk terhadap kesihatan manusia seperti PMS dan simptom monopos. SLS juga akan mengurangkan kesuburan lelaki dan meningkatkan kebarangkalian penyakit kanser kepada kaum wanita seperti kanser payudara apabila tahap estogen terlibat.
Carta pai di atas menunjukkan peratusan kesan kepada pengguna dengan penggunaan produk yang mempunyai SLS dan SLES.
Sebagai kesimpulan, marilah kita sama menggunakan produk yang tidak mempunyai SLS dan SLES untuk kebaikan dan kesihatan kita bersama.
mohon share. Saya masukkan link puan di dalam FB saya utk terangkan keburukan SLS and SLES. Saya boleh dihubungi di https://www.facebook.com/moregresources
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian info ni. saya dapat tahu dari kawan pasal SLS ni tapi dengan perkongsian dari blog ni membantu saya lagi faham tentang SLS dan SLES dengan lebih mendalam. terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian info ni. saya dapat tahu dari kawan pasal SLS ni tapi dengan perkongsian dari blog ni membantu saya lagi faham tentang SLS dan SLES dengan lebih mendalam. terima kasih.
ReplyDelete