Pages

Saturday 8 August 2015

Cara mengendali ebm jika outstation / bercuti selama 3 - 5 hari tanpa anak

1. Sebelum bertolak call tempat anda menginap sama ada terdapat kemudahan mini bar/fridge atau tidak. Jika tiada pastikan anda dapatkan kebenaran dr pihak hotel atau tempat menginap untuk tumpangkan ebm di chiller kitchen atau fridge kakitangan.

 
2. Jika bilik yang anda menginap disediakan kemudahan tersebut pastikan anda adjust suhu mini bar pd suhu yg paling sejuk, terus letak icepack supaya beku di tempat beku.

 
3. Semua susu yang dipam tidak perlu dibekukan. Kerana chilled ebm tahan 4-5 hari, jika anda bekukan pengendalian waktu travel balik nanti jadi agak sukar.

4. Jika anda outstation / berkursus pastikan anda bangun untuk mengepam bagi memastikan cik b dikosongkan secara konsisten dan mengelakkan production drop sebalik pulang dr outstation.

 
5. Jika anda berkursus atau menghadiri seminar, pastikan anda membawa bekalan makanan seperti biskut, roti, air susu kotak, air jus atau apa sahaja makanan ringan kerana ada waktu makan yang anda perlu excuse untuk mengepam.

6. Jika bilik tidak disediakan mini bar / fridge anda boleh menyimpan susu perahan di dalah cooler box berisi ais buat sementara waktu menunggu siang untuk menumpang di chiller hotel..jika ais juga tiada jgn risau kerana ebm boleh tahan sehingga 8 jam di dalam suhu bilik yang beraircond.

7. Saya lebih suka menyimpan ebm menggunakan storage bag 12oz kerana boleh menjimatkan ruang dan tidak perlu bawa lebih byk botol. 

(contohnya jika hasil perahan sepanjang 4 hari adalah sebanyak 100oz anda memerlukan 20 botol storage sebaliknya jika menggunakan storage bag anda cuma perlukan 9pcs sahaja..jgn risau takut berlaku kebocoran atau licking kerana kebanyakan storage bag di pasaran mempunyai double zipper lock)

8. Gunakan icepack yg telah difrozenkan dan jika tidak cukup tambahkan ais ke dalam cooler box..

9. Sekarang anda boleh bawa pulang ebm dgn hati yang tenang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...