Pages

Tuesday 25 June 2013

Sabun oh sabun

Pencarian saya untuk sabun yang terbaik untuk saya dan anak2 menemukan saya bermacam2 sabun. Saya mencari sabun yang bebas SLS, SLES dan ALS kerana bahan2 ini merosakkan kulit. terutama anak saya yang berumur 1thn setengah yang sensitif dan gatal2 di bahagian pampers dan bahagian yang mudah berpeluh.

Kat bawah nia antara yang saya guna untuk diri saya.

  1. Silky Pleasure Dead Sea Mud Soap (RM5.00) - baik untuk muka dan badan. lembutkan kuli dan hilangkan bintik2 putih kat muka.
  2. Queen Love Acne Soap BlackSeed oil (RM5.00)
  3. yg tulisan arab: Al badil Saboon Al Shifa (harga tak sampai RM10)- gabungan minyak habbatussaudah, minyak zaitun, dan almond, baik untuk kulit dan boleh digunakan untuk bershampoo.
  4. saanen daun gelenggang (RM3.80)- khas untuk kulit gatal. mulanya saya beli utk anak saya tp sy tgk mcm tak sesuai, kulit anak jd lagi kering, so sy stop guna.
Saya juga ada order dari ebay, sabun yang 99% dari minyak zaitun. sabun dari Greece. Harganya lebih kurang RM12 untuk 2 ketul. free shipping walau pun pos dari negara Greece. best kan! inilah sabun dia:-

memang best guna sabun ni. Cuma satu jer, dia tak ada wangian, jd bau sabun yang asli, memang tak best. tp bagi kanak2 atau sape yg alahan pd bau-bauan sesuai guna sabun ni. ianya sabun yang benar2 asli. kalau kat Eropah sabun yang betul asli dari gabungan 99% olive oil dan Sodium hydroxide atau Natrium Hidroksida (NaOH) dipanggil sebagai Castile soap. ia betul2 asli dan sangat sesuai dengan kulit yang sensitif.


Tapi, saya masih lagi gatal tangan cari sabun lain lagi. semalam saya ter google tentang sabun Taharah. saya dapati ianya ada dijual di farmasi yang berhampiran. so, saya pun beli dan cuba gunakan pada diri dan anak. alhamdulillah, sabun ni sangat2 best. ini rupa sabun Taharah:-


Sabun Taharah ni dibuat untuk menyamak. anda tahu samak tu aper? bg yg bukan Islam samak tu maksud menyucikan dari najis2 berat seperti babi dan anjing. haiwan ni haram dalam Islam. tak boleh disentuh sebab ia najis besar. kalau cara dalam Islam cara samak ialah 1 kali dengan air tanah dan 6 kali air mutlak (air biasa mcm air paip). so, zaman dah moden ni, boleh guna sabun ni sebagai air tanah. senang kan/

Tapi, yang bestnyer, sabun ni adalah 90% dari tanah (atau clay). best untuk kulit, badan mahu pun muka. kulit baby pun sesuai. bahan2 dalam sabun ni ialah : Tanah Liat, Mineral, Zat-Zat Galian Magnesium, Sodium, Potassium, Kalsium, Rumpai Laut, Minyak Zaitun,  Bahan Asas Sawit dan sandalwood essential oil.

Khasiat Sabun Taharah :
Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi.
  1. Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering
  2. Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit.
  3. Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
  4. Menghilangkan bau badan
  5. Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan.
  6. Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki.
  7. Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.)
  8. Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga.
  9. Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain.
  10. Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.
Bau dia memang best. Lagi best harganya cuma RM5.90. best kn! Jom lah cuba!

Kayu sugi (Miswak)

Saya telah ke kedai yang menjual pelbagai barangan dari Arab dan Timur Tengah setiap kali gaji masuk. Hari ini saya telah terpandang kayu sugi @ miswak yang harga sangat la murah. cuma RM2 sebatang. saiznya pelbagai. saya beli saiz sederhana dan kecil. yang kecil tu saya berharap dapat digunakan pada anak saya yang berumur 3 tahun dan 1 tahun setengah, dengan harapan diorang sudi gunakannya. al maklum la saja, anak saya susah sungguh nak paksa gosok gigi. lagi tahu, budak2 ni faham2 la, selalu tertelan ubat gigi. sebenar saya sudah menggunakan ubat gigi Pureen yang dijamin selmat jika tertelan, tapi saya tetap risau. kalau ubat gigi kodomo memang say tak besi sebab mengandungi florida, bahaya kepada kanak2 jika tertelan. kalau tak tertelan selamat lar.

Ini rupa kayu miswaak (@ kayu sugi) dan cara guna macam berus gigi:-
 



Oklah, tentang kayu sugi plak. ia sangat2 selamat untuk digunakan pada kanak2 tapi rasanya tak seronok lar. antara kelebihan Miswaak adalah:-
  1. Miswaak menguatkan gusi dan menghalang kerosakan gigi.
  2. Miswaak membantu dalam menghapuskan sakit gigi dan menghalang kerosakan gigi menjadi lebih serius.
  3. Miswaak adalah ubat bagi penyakit mulut.
  4. Miswaak menghapuskan bau busuk dan memperbaiki deria rasa.
  5. Miswaak menajamkan memori.
  6. Miswaak adalah ubat untuk sakit kepala.
  7. Miswaak mewujudkan kilauan (nur) di muka orang yang terus menggunakannya.
  8. Miswaak menyebabkan gigi bercahaya.
  9. Miswaak menguatkan penglihatan.
  10. Miswaak membantu dalam penghadaman.
  11. merawat hilang suara (sakit tekak)
  12. Manfaat terbesar menggunakan miswaak semakin keredaan Allah.
  13. Pahala solat (sembahyang) didarabkan 70 kali jika Miswaak telah digunakan sebelum itu.

Bila waktu penggunaan Miswaak sebagai amalan Sunnah:
  1. Untuk membaca Al-Quran.
  2. Untuk bacaan hadis.
  3. Apabila mulut mengeluarkan bau.
  4. Bagi pembelajaran atau pengajaran untuk kebaikan Islam.
  5. Untuk membuat Dhikrullah (Remebrance Allah, meditasi).
  6. Selepas memasuki rumah yang baru.
  7. Sebelum memasuki mana-mana perhimpunan yang baik (bukan perhimpunan haram ye, kawan2).
  8. Apabila mengalami lapar dan dahaga.
  9. Selepas tanda-tanda kematian adalah jelas.
  10. Sebelum makan.
  11. Sebelum memulakan perjalanan.
  12. selepas pulang dari perjalanan.
  13. Sebelum tidur.
  14. Setelah bangkit dari tidur

jenis-jenis kayu yang digunakan untuk membuat Miswak adalah:
  1. pokok Peelo
  2. Zaitun atau pokok zaitun
  3. Bitam atau
  4. Mana-mana pokok yg pahit
  5. pokok walnut

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan yang ada. yang penting amalan Rasulullah, mestilar nak ikut. Rasulullah kan idola dan junjungan besar kita.

satu lagi, sape yang ada gigi sensitif, tak payah la beli ubat gigi yang mahal2. guna aje kayu sugi. selama mencuba!

Monday 3 June 2013

Petua Hilangkan Cirit Birit (akibat salah mkn)

entah kenapa tiba2 terkena penyakit ni yg segan untuk aku sebut. jadi aku tercari2 lar petua dari pakcik google aku. hihi. antara rumusannya ialah antara petua untuk hilangkan cirit-birit ialah:-

1) Minum air 100 plus (buka tudung dan biarkn gas2 kluar dl, gas dia tak elok nnt perut jd berangin plak)
2) Makan pil chek it teck aun
3) Minum air garam
4) Minum teh pekat kosong (tanpa susu atau gula, hanya teh saja)
5) Minum kopi pekat kosong
6) buah ciku muda, rebus, minum airnyer
7) daun/pucuk jambu batu, minum air rebusannya
8) Minum air charcoal beras
    “ambil segenggam beras, kasi masuk dalam kuali. Goreng sampai hangus, jangan taruk minyak. Sudah hangus, masuk dalam gelas, campur dengan air. Kasi lama sikit, minum air yang hitam itu. Itu charcoal ada bagus. Kadang-kadang kita pun bagi charcoal tablets untuk ciriti birit”--petikan dari http://shakiddo.com/petua-hilangkan-cirit-birit-selepas-kenduri-kahwin-atau-open-house/

Tapi setelah dikaji2 kaedah yang paling senang ialah teh pekat tanpa gula. wokey, balik keje nanti aku akan cuba. air garam pun ok tp malas nak pegi farmasi. tp kalau pekena air 100 plus best oo...

OK, kepada orang lain plak selamat mencuba. doakan kesembuhan dari ALLAH juga. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...