Kat bawah nia antara yang saya guna untuk diri saya.
- Silky Pleasure Dead Sea Mud Soap (RM5.00) - baik untuk muka dan badan. lembutkan kuli dan hilangkan bintik2 putih kat muka.
- Queen Love Acne Soap BlackSeed oil (RM5.00)
- yg tulisan arab: Al badil Saboon Al Shifa (harga tak sampai RM10)- gabungan minyak habbatussaudah, minyak zaitun, dan almond, baik untuk kulit dan boleh digunakan untuk bershampoo.
- saanen daun gelenggang (RM3.80)- khas untuk kulit gatal. mulanya saya beli utk anak saya tp sy tgk mcm tak sesuai, kulit anak jd lagi kering, so sy stop guna.
memang best guna sabun ni. Cuma satu jer, dia tak ada wangian, jd bau sabun yang asli, memang tak best. tp bagi kanak2 atau sape yg alahan pd bau-bauan sesuai guna sabun ni. ianya sabun yang benar2 asli. kalau kat Eropah sabun yang betul asli dari gabungan 99% olive oil dan Sodium hydroxide atau Natrium Hidroksida (NaOH) dipanggil sebagai Castile soap. ia betul2 asli dan sangat sesuai dengan kulit yang sensitif.
Tapi, saya masih lagi gatal tangan cari sabun lain lagi. semalam saya ter google tentang sabun Taharah. saya dapati ianya ada dijual di farmasi yang berhampiran. so, saya pun beli dan cuba gunakan pada diri dan anak. alhamdulillah, sabun ni sangat2 best. ini rupa sabun Taharah:-
Sabun Taharah ni dibuat untuk menyamak. anda tahu samak tu aper? bg yg bukan Islam samak tu maksud menyucikan dari najis2 berat seperti babi dan anjing. haiwan ni haram dalam Islam. tak boleh disentuh sebab ia najis besar. kalau cara dalam Islam cara samak ialah 1 kali dengan air tanah dan 6 kali air mutlak (air biasa mcm air paip). so, zaman dah moden ni, boleh guna sabun ni sebagai air tanah. senang kan/
Tapi, yang bestnyer, sabun ni adalah 90% dari tanah (atau clay). best untuk kulit, badan mahu pun muka. kulit baby pun sesuai. bahan2 dalam sabun ni ialah : Tanah Liat, Mineral, Zat-Zat Galian Magnesium, Sodium, Potassium, Kalsium, Rumpai Laut, Minyak Zaitun, Bahan Asas Sawit dan sandalwood essential oil.
Khasiat Sabun Taharah :
Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi.
- Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering
- Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit.
- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
- Menghilangkan bau badan
- Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan.
- Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki.
- Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.)
- Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga.
- Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain.
- Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.
Bau dia memang best. Lagi best harganya cuma RM5.90. best kn! Jom lah cuba!
No comments:
Post a Comment