Pages

Tuesday, 3 November 2015

Tips-tips memasak bubur bayi

copy paste dgn sedikit penambahbaikkan dari blog: surijunior dan yantipadli

Cara 1
Masak nasi seperti biasa.
Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.

Cara 2
Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
Simpan dalam bekas kedap udara.
Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.

Cara 3
Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
Ini untuk bayi yang besar sedikit.(Petua Shiha)

Cara 4
Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.

Cara 5
Masak menggunakan slow cooker.

Cara 6 (dari blog yantipadli.blogspot)

Masak guna termos. cara2nya ialah:
1. Beras 1 @ 2 pot
2. bekas termos
3. kuali menggoreng
4. tupperware utk simpan beras hancur
5. blender kering

Ikut step seperti di bawah:

  1. Rendam beras dalam 2 jam
  2. Then after that tos kan sampai kering.
  3. Lepas dah betul2 kering, goreng beras tadi atas kuali tampa minyak sampai kekuningan. Sampai kering tapi make sure bukan hangus. Kuning sikit-sikit.
  4. Lepas tu blender beras yang dah goreng tu sampai jd tepung atau pun kasar-kasar sikit. Depends la, tapi kalau I memang sampai tepung. 
  5. Dah siap, masuk lam bekas and simpan lam peti. Boleh tahan sebulan la..
Beras yang dah siap blend, agak kasar skit la plak kan..
Ok now nak tunjuk macamana nak buat bubur nas tu. Sonang saja...ni boleh buat pagi2 sebelum anta anak g nursery ataupun umah BS.
  1. Rebus air sampai mendidih.
  2. Masukkan 2 sudu atau 3 sudu (depand nak banyak mana) tepung beras tadi dalam termos makanan.
  3. Masukkan air mendidih tadi dalam termos. (ni perlu agak2 banyak mana, jangan banyak sangat nanti bubur banyak air, kalau sikit sangat takut tak masak pulak, ejas sendiri k)
  4. Tutup rapat dan biar dalam 10 mins atau lebih (masa ni leh la siap2, mandi ke apa kan..)
  5. then bila dah time, bukak then tengok dah jadi bubur...hoyyeaaahhhh..
Bubur dah jadi..hehehe..dah leh makan..
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...