Pages

Monday, 16 December 2013

Petua kurangkan kegatalan kulit

Oleh kerana anak saya sudah terkena atopic dermartatis, saya pun gigihkan diri men"google" petua2 untuk kurangkan kegatalannya. Jadi saya senaraikan di sini untuk rujukan saya sendiri serta sape2 yang ada masalah yang sama. Antaranya:-


1.      Jangan mandikan dengan air panas
·        gunakan air sejuk atau suam2 sikit jer. Air panas memburukkan keadaan

2.      Mandi dengan air laut yang bersih yang diambil tengah2 lautan
·        Caranya mandi air tgh lautan dan biarkan sehingga kering di kulit. biar garam laut diserap kulit.
·        Mandi pantai tak begitu elok kerana kandungan garamnya sedikit dan airnya kotor.

3.      Basuh Cadar, Selimut dan sarung bantal dengan air panas untuk matikan hama

4.      Mandikan tanpa sabun atau gunakan sabun khas untuk enzema

5.      Lembapkan kulit selepas mandi dgn minyak, losyen atau krim
·        Disyorkan guna produk bebas wangian tp klu tak ada masalah dengan pewangi boleh guna jer.
·        Minyak yang asli yang dibuat makan sangat sesuai contohnya minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak bunga matahari dsb.
·       gunakan krim yang mengandungi Aloe Vera untuk mengurangkan keradangan kulit gatal dan melembabkan kulit.
6.      Sekali sekala jemur tilam dan bantal bawah terik matahari utk matikan hama
 
Saya akan update lagi jika ada petua lain. insyallah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...