Pages

Monday, 16 December 2013

Anakku mengidap atopic dermatatis

Kegatalan kulit adalah perkara biasa utk anak2ku. Anak yang pertama, Syaqiq pernah kena gatal2 kulit sehingga umur 2 tahun tp lepas tu hilang dengan sendirinya. Tapi anak keduaku, Billah dari kurang 1 tahun sehingga sekarang, 2 tahun masih lagi gatal2.
macam2 ubat, krim, minyak dan losyen sudah digunakan. tp ianya on-off-on-off. adakalanya baik adakalanya datang balik.

kemuncak kepada kegatalannya pada khamis lepas (12/12/13) dia asyik merengek kegatalan. Pada malam itu, 12.30pg (13/12/13) suami menukar lampinnya dan tidak memakaikannya untuk beberapa minit. apabila datang menjenguknya, alangkah terperanjatnya suami saya apabila mendapati dia berlumuran darah disekitar kemaluannya dr atas pingan hingga bahagian pelipat paha.

saya yang mabuk darah, hanya mampu menjerit. malam itu, suami membawanya ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Zaharah. Pukul 3.00pg bru pulang. Doktor memberikan ubat makan CHLORPHENIRAMINE MALEATE dlm bentuk ubat cecair. Krim sapu Hydrocortisone Cream (refer dr intnt : untuk gatal2 tp blh nipiskn kulit). kata suamiku krim ini mengandungi steroid. steroid sangat bahaya jadi saya perlu sapu nipis2 jer. last2 rasa tak berani nk guna. kami sapu minyak gamat pada tempat luka dan minyak kelapa dara dan minyak shea butter Body Shop untuk lembapkan kulit dibahagian badan yang tak luka.

oh ya, amalan harian yang saya gunakan sebelum ini ialah sabunkan anak dengan Ezerra Extra Gentle Cleanser. ianya sabun yang dikhaskan untuk pengidap atopic dermatatis.


Ada Ahad lepas (15/12/13) suami bawa anak ke Hospital kerana ada temu janji dengan pakar kulit. Sekembalinya dari Hopital, suamiku membawa begitu bnyk krim sapu. saya tak faham macam mana cara menggunakan krim2 tersebut. Antara krim2 itu adalah:

1- fusidic acid b cream (antibiotic)
2- Betamethasone cream
3- aqueous cream (refer dr intrnt: untuk melembapkan kulit)
4- Chlorpheniramine Maleate (ubat makan utk alahan)

inilah rupa fusidic acid b yg diberikan doktor hospital kerajaan:-

 


Ia mengandungi fusidic acid, sejenis antibiotic yang membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan.
Ia juga mengandungi betamethasone valerate, steroid untuk mengurangkan bengkak, kemerahan atau gatal-gatal kulit.

inilah anakku Billah yg comel

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...