PENJAGAAN KULIT UNTUK SI MANJA
Kulit bayi begitu halus dan sensitif
terutamanya selepas kelahiran. Keadaan ini memerlukan penjagaan dan belaian yang
khusus agar dapat mengelakkan ruam yang timbul akibat penggunaan bahan kimia
dalam sabun, shampu dll, jangkitan kuman dan keadaan cuaca. Adakah anda patut
mendapatkan nasihat doktor setiap kali bayi anda menunjukkan tanda ruam pada
kulit badannya? Untuk menyentuh secara menyeluruh masalah kulit yang mungkin
wujud pada bayi adalah mustahil di dalam artikel yang ringkas ini.
Walaubagaimanapun, berikut dibincangkan antara masalah kulit yang sering timbul
pada bayi.
RUAM PANAS
Apabila pori kulit bayi menjadi tersumbat maka
berlakulah ruam panas. Penyumbatan tersebut mungkin disebabkan oleh pakaian bayi
yang terlalu tebal, ketiadaan pengudaraan bilik yang sesuai, penggunaaan produk
penjagaan kulit yang tidak serasi seperti minyak bayi, losyen dan bedak yang
berlebihan.
Ruam panas sering timbul seperti bintil merah yang kecil
terutamanya pada pelipat kulit seperti di leher, bahu, kawasan lampin dan juga
di bahagian pipi. Keadaan ini selalunya tidak menyebabkan ketidakselesaan yang
begitu ketara dan akan berlalu dengan cepat jika tidak di rumitkan oleh masalah
lain seperti jangkitan kuman.
Elakkan dari terlampau memakaikan pakaian
yang tebal dan menutup pada bayi. Baju yang nipis yang dibuat oleh bahan yang
mudah menyerap (kain kapas) sesuai di pakaikan pada bayi. Pastikan pengudaraan
bilik berada di dalam keadaan sempurna dan sebolehnya adakan pergerakkan udara
seperti memasang kipas angin. Lapkan badan bayi apabila ia berpeluh dengan kain
bersih yang lembab. Mandikan sekerap yang perlu.
RUAM LAMPIN
Ruam
ini berlaku apabila dibiarkan permukaan kulit bayi lama bersentuh dengan najis
atau air kencingnya. Kuman di dalam najis tadi akan bertindakbalas dengan air
kencing untuk membentuk sebatian ammonia yang boleh menyebabkan irritasi pada
kulit. Keadaan kulit kelihatan bertompok merah dan membentuk radang. Kadangkala
berlaku jangkitan dengan adanya bintil kecil yang bernanah. Ianya berlaku di
kawasan lampin yang begitu sensitif.
Krim yang bertindak sebagai lapisan
pemisah seperti yang mengandungi Zink dioksida boleh disapukan pada kulit
bahagian lampin untuk mengelakkan ruam tersebut. Tukarkan lampin sekerap yang
perlu. Kadangkala adakan masa di mana bayi tidak dipakaikan lampin untuk
membenarkan permukaan kulit tersebut bernafas. Jika anda memakaikan lampin kain,
pastikan ada ketika yang anda tidak pakaikan pelapik plastik agar dapat
memudahkan pernafasan kulit. Apabila membasuh kain lampin, pastikan ianya
dibilas dengan sempurna agar tiada bahan kimia saki baki dari bahan pencuci yang
masih terlekat pada kain lampin tersebut. Mungkin juga anda perlu menukarkan
kepada lampin pakai buang buat seketika.
Basuh permukaan kulit bahagian
lampin sekerap yang perlu dan elakkan dari menggunakan pencuci tisu lap pakai
buang yang mengandungi alkohol kerana ianya bertindak mengeringkan kulit bayi.
Elakkan dari memakai bedak dengan terlalu tebal kerana bedak tersebut akan
memerangkap air kencing atau najis dan menyukarkannya dari proses penyejatan
secara semulajadi.
Ruam lampin kadangkala boleh dikomplikasikan dengan
jangkitan kulat. Keadaan ini dikenali apabila ruam lampin tadi tidak lagi sembuh
dengan cara-cara penjagaan seperti di atas. Kulit akan menjadi lebih merah,
nipis dan kadangkala seperti melecet. Bayi akan merasa begitu tidak selesa.
Keadaan ini memerlukan rawatan dengan menyapukan krim anti fungal pada bahagian
tersebut.
ATOPIK EKZEMA/DERMATITIS
Keadaan ini wujud disebabkan
masalah hipersensitiviti atau alahan pada kulit bayi. Ianya mungkin diwarisi dan
selalunya kanak-kanak tersebut mudah mendapat masalah hipersensitivit yang lain
seperti resdung, gatal-gatal mata dan lelah asthma.
Kulit bayi akan
kelihatan merah, kering dan bersisik. Ianya selalunya terjadi pada permukaan
kulit di bahagian muka terutamanya di pipi, pelipat antara sendi seperti di
siku, lutut, pergelangan tangan dan kaki dan juga di bahagian atas peha. Keadaan
ini mengakibatkan kegatalan kulit yang ketara dan menyebabkan bayi sering
tergaru-garu sehinggakan kulit tadi menjadi merah dan melecet. Ini juga boleh
menyebabkan kulit menjadi tebal (lichenifikasi) atau kulit menjadi pecah dan
jangkitan kuman boleh berlaku. Kulit menjadi kering dan kasar apabila disentuh.
Langkah pencegahan perlu diambil dengan mengenalpasti punca alahan
terlebih dahulu. Antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah habuk, hama,
polusi udara, pemakanan dan bahan kain pakaian. Makanan yang mempunyai protein
binatang (terutamanya makanan laut) dan bahan kimia (bahan pewarna, pengawet dan
perisa) perlu di kenalpasti dan dielakkan. Kajian menunjukkan bayi yang diberi
susu ibu sehingga 6 bulan jarang mendapat masalah ekzema. Jika di berikan susu
formula, anda mungkin dapat menggunakan susu yang dibuat oleh protein tumbuhan
untuk menggantikan susu lembu. Elakkan dari produk tenusu sehinggalah bayi
berumur setahun jika terdapat sejarah ekzema dalam keluarga. Dapatkan nasihat
doktor jika keadaan menjadi lebih teruk.
Potongkan kuku bayi dan
pakaikannya sarung tangan supaya ia tidak mencederakan kulitnya apabila menggaru
di waktu malam. Elakkan keadaan yang terlalu panas atau sejuk kerana ia dapat
memburukkan keadaan. Sentiasa kekalkan kelembapan pada kulit bayi. Ketika mandi,
elakkan dari menggunakan sabun yang beralkali kerana ia mengeringkan kulit.
Gunakan pelembab yang sesuai. Kadangkala krim yang mempunyai steroid yang rendah
akan diberikan oleh doktor anda untuk mengatasi masalah tersebut tetapi awas,
jangan digunakan secara berlebihan atau berterusan kerana ia boleh menipiskan
kulit bayi di samping bahaya yang mungkin timbul jika diserap ke dalam badan.
Pastikan kain bayi di bilas sempurna (kadangkala bilas kali kedua) untuk
mengeluarkan bahan kimia dari sabun pencuci yang dipakai. Gunakan pakaian yang
dibuat dari kain kapas dan elakkan menggunakan kain nylon ataupun bulu
(wool).
CRADLE CAP
Keadaan kulit kepala ini berlaku selalunya pada 10
minggu pertama bayi selepas lahir. Ia membentuk sisik kekuningan yang berminyak
pada bahagian kulit kepala, dahi, muka, kening, belakang telinga dan di bahagian
kemaluan. Faktor yang menyebabkannya tidak begitu di kenalpasti tapi dijangka
ada kaitan dengan atopik ekzema, Cuma ianya berlaku pada kawasan yang berlainan.
Ia selalunya tidak menyebabkan masalah yang serius.
Sapukan minyak bayi
atau zaitun pada kawasan yang berkerak semalaman sebelum dibasuh pada keesokan
hari dapat membantu menanggalkan sisik tersebut. Basuh kepala dengan syampu dan
beruskan rambut bayi dengan berus lembut.
PERLINDUNGAN MATAHARI
Kulit
bayi yang sensitif dengan mudah dapat mengalami tanda kebakaran disebabkan oleh
sinaran matahari yang terik. Jika kanak-kanak terdedah kepada masalah kulit
terbakar oleh matahari, mereka akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
menghidapi kanser kulit ketika dewasa kelak.
Kulit bayi perlulah
dilindungi dari sinaran matahari yang tepat seperti dengan memakaikannya topi
yang melindungi kulit muka dan leher ataupun dengan menggunakan payung. Bantuan
dari krim pelindung matahari (sunblock) yang mempunyai SPF 20 sesuai digunakan.
Krim itu perlulah disapu secukupnya dengan mengelakkan bahagian mata, mulut dan
tapak tangan/jari. Jika dimandikan, sapukan semula krim tersebut walaupun jika
anda menggunakan krim yang kalis air. Dapatkan rawatan segera jika bayi anda
mengalami kesan kebakaran oleh matahari. Pastikan anak anda minum air secukupnya
ketika cuaca panas untuk mengelakkan masalah heatstroke dan untuk mengelakkan
dari masalah dehidrasi atau kekurangan air. Ingatlah untuk sentiasa memastikan
anak anda berada dalam keadaan teduh.
IMPETIGO
Ini merupakan
jangkitan kuman Staphylococcus dan group A Streptococcus yang sering terjadi
kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ia mudah berjangkit melalui
sentuhan. Ia kerap terjadi di sekitar mulut dan hidung dan juga celah pelipat.
Keadaan kulit dilihat seperti membentuk gelembung-gelembung air yang kecil dan
seterusnya pecah dan kelihatan seperti kulit yang melecur. Ia akan mengeluarkan
air dan membentuk kerak kulit berwarna perang kekuningan.
Ia nya mudah
dirawat dengan menggunakan antibiotik dan bahagian kulit dicuci dan di sapu
dengan antiseptik. Elakkan dari penyentuhan kulit ke atas kanak-kanak lain
seperti berkongsi tuala, kain lampin dan sebagainya. Selalunya ia mengambil
lebih kurang 5 hari sebelum kering dan sembuh.
KUDIS BUTA
Ini
merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh hama yang halus dan
menjangkiti pada pori kulit manusia. Ia adalah penyakit yang berjangkit dan
selalu berpunca dari jangkitan komuniti spt dari pelajar asrama. Scabies atau
kudis buta perlu dirawat dengan sempurna untuk tidak menyebabkannya berulang
lagi.
Tandanya ialah bengkak seperti gelembung halus pada kulit
terutamanya di tapak tangan/kaki, celah jari, ketiak, pelipat dan bahagian
kemaluan. Ia tersangat gatal dan akan menjadi bernanah apabila dijangkiti kuman.
Untuk merawat kudis buta, perlu disapu dengan ubat racun hama spt EBB lotion
atau Crotorax. Ia seelok-elok di lumur keseluruhan badan dari tengkok ke bawah
sebelum tidur malam. Lebih efektif jika dimandikan tubuh dengan air suam untuk
membuka pori-pori kulit terlebih dahulu. Pembersihan segala pakaian dan perabot
seperti sofa dan karpet yang dijemur di bawah matahari panas akan membuatkan
hama tersebut keluar dari tempat persembunyiannya.Ubat tahan gatal akan membantu
dari keadaan tergaru-garu pada malam hari.
KUDIS API
Kudis ini pula
sering menjangkiti kulit di bahagian bawah lutut ke kaki. Ia disebabkan oleh
jangkitan kuman dan mudah berjangkit. Ia nya kelihatan seperti bisul kecil yang
mengeluarkan nanah atau lendiran.
Rawatan ialah dengan penjagaan
kebersihan yang sempurna. Ubat seperti antibiotik membantu membunuh kuman. Ubat
antiseptik seperti pembasuh luka dan krim juga boleh di gunakan pada kudis
tersebut. Selalunya penyembuhan adalah menyeluruh dan jarang berulang semula
kecuali aspek kebersihan di abaikan.
DARI ASPEK RAWATAN DAN PENJAGAAN
ALTERNATIF
Masalah kulit bayi yang sensitif kadangkala agak rumit untuk di
atasi. Terutamanya bagi bayi yang hipersensitif atau menunjukkan tanda-tanda
alahan pada peringkat awal usia. Disebabkan masalah kulit ini sentiasa
berulang-ulang dan tidak mudah dirawat, maka aspek rawatan secara alternatif
perlu difikirkan. Di dalam artikel ini saya akan membincangkan penggunaan produk
Gamat eMas bagi menyempurnakan penjagaan kulit simanja.
Antara kesan
yang diberikan oleh ekstrak gamat ialah :
ANTIHISTAMINA mampu melawan
masalah alahan kulit
ANTI RADANG membantu mengatasi masalah merah dan
bengkak kulit
VITAMIN E gamat kaya dengan vitamin E semulajadi - memberi
khasiat sempurna untuk penjagaan kulit
VASODULATASI menggalakkan
pengaliran darah ke kulit untuk membawa nutriens yang diperlukan oleh sel kulit.
KOLLAGEN membantu penjagaan kulit
PENUMBUHAN SEL menggalak
penyembuhan kulit yang rosak
ANTI FUNGAL melawan jangkitan kulat pada
kulit
ANTI OKSIDAN membantu mengelakkan proses degenerasi dan penuaan
ANTINOSISEPTIF membantu mengurangkan rasa irritasi pada kulit
Formulasi unik produk Gamat eMas yang menggabungkan pati gamat tulin dan
bahan-bahan moden seperti pelembab membuatkan ianya sesuai digunakan untuk
penjagaan kulit simanja tanpa bimbang akan kesan sampingan. Antara produk yang
disyorkan ialah:
KRIM : Untuk disapu ke bahagian ruam, merah dan
bengkak kulit. Juga dapat menipiskan parut.
BUIH MANDIAN : Sejenis sabun
yang berkesan melawan masalah ruam kanak-kanak setelah dimandikan. Turut boleh
dijadikan sebagai pencuci luka.
PGPV : Mengandungi khasit ekstrak gamat
yang sejati dengan rasa yang enak pasti menjadi kegemaran kanak-kanak.
LOSYEN BADAN : Untuk perlindungan kulit bayi dari cuaca yang panas dan
kering. Melembabkan dan mengelak dari rekahan kulit.
GEL : Untuk melawan
radang kulit seperti gigitan serangga dan bengkak kulit.
Dr Syid
Ayob bin Syid Mustafa Alqudri
MD V.U.B (Brussels, Belgium)
semua maklumat dicopy dari :
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?13.0000002164