copy&paste dari: http://ibucergas.com/2011/03/pemakanan-bayi-yang-sihat/#comment-1266
Kali ini, mari cerita secara serius tentang pemaknan bayi dan kanak-kanak ye. Makanan pelengkap bayi adalah bermula apabila bayi berusia 6 bulan (180 hari). Selain daripada susu, bayi yang sedang membesar memerlukan makanan pelengkap. Walaubagaimanapun, penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun. Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi. Inilah pemakanan bayi sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kali ini, mari cerita secara serius tentang pemaknan bayi dan kanak-kanak ye. Makanan pelengkap bayi adalah bermula apabila bayi berusia 6 bulan (180 hari). Selain daripada susu, bayi yang sedang membesar memerlukan makanan pelengkap. Walaubagaimanapun, penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun. Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi. Inilah pemakanan bayi sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
>
Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas?
Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:
- Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang.
- Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
- Selepas umur 6 bulan juga ibu boleh mula memberikan air masak, tetapi dalam kuantiti yang berpatutan (~ 1-2 oz satu sesi, 1 @ 2 kali sehari) dengan syarat bayi sudah pun kenyang dengan susu @ solid food. Ini kerana dikhuatiri air masak yang banyak akan membuatkan bayi kenyang, dan seterusnya menolak susu dan bubur yang berkhasiat. Ingat ye, air masak hanya lah air, tidak punya nutrisi untuk tumbesaran bayi. Air hanya untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam badan, dan susu ibu mengandungi 81% air. Terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan meningkatkan risiko sawan.
>
Apakah kesan pula jika pengenalan makanan pelengkap bermula terlalu lewat ?
- Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.
- Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
- Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. Contohnya, anak akan menjadi cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya (barulah tahu kan kenapa anak anda tak suka makan sayur? ).
>Bagaimana pula dengan struktur makanan bayi yang patut disediakan?
Umur Bayi | Tekstur Makanan |
6 – 8 bulan | Puri, dilecek atau makanan separuh pejal |
9 – 11 bulan | Makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food)seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberikan. |
>12 bulan | Makanan keluarga |
>>
Dalam
umur bayi 6 – 8 bulan, bubur Iman dikisar halus. Semakin Iman membesar,
kuantiti air yang digunakan untuk mencairkan buburnya dikurangkan.
Kenapa? Logiknya dalah untuk mengajar Iman cara untuk menguyah. Nampak
simple, yelah takkan itu pun nak ajar. Betul, kena ajar sebab ada bayi
yang lambat menguyah tau. Maka, perubahan sstruktur makanan sebenarnya
amat penting. Jika 6-8 bulan puree bayi dibuat halus, maka 9-11 bulan,
puree bayi juga harus dibuat kasar. Ini bermakna frozen puree juga
mempunyai struktur makanan yang lebih besar.
>
Panduan Memberi makanan kepada bayi
- Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk mengelakkannya daripada tercekik.
- Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk mengelakkan tercekik.
- Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm). Saiz kismis sangat bersesuaian untuk dijadikan finger food.
- Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.
Walaupun bayi anda masih belum
mempunyai gigi, percayalah bahawa gusi bayi sangat kuat dan boleh
menghancurkan makanan lembut. Tak percaya? Tanyalah ibu-ibu yang
menyusukan anak mereka. Memang sakit walaupun hanya digigit menggunakan
gusi.
?
?
Kekerapan Makanan
Umur | Sukatan Makanan Setiap Hidangan | Kekerapan Makan Sehari | Kekerapan snek |
0-6 bulan Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi | Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi | Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi | Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi |
6—8 bulan | ½ cawan bubur nasi | 2 – 3 kali | 1 – 2 kali |
9 –11 bulan | ½ cawan bubur nasi pekat | 3 – 4 kali | 1 – 2 kali |
1 – 3 tahun | ½ cawan nasi atau 1 keping roti | 4 – 5 kali | 1 – 2 kali |
>
Sukatan Makanan
Kumpulan makanan | Kumpulan umur | ||
6-8 bulan |
9-11 bulan
|
1-3 tahun
|
|
Bijirin, Sumber bijirin dan ubian | 1½ cawan bubur pekat | 2 cawan bubur pekat | 2 cawan nasi |
Sayur-sayuran | ¼ cawan sayur masak | ½ cawan sayur masak | 1 cawan sayur masak |
Buah-buahan | ¼ betik atau ½ pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g) | 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g) | 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang mas: 33 g) |
Daging, haiwan ternakan, ikan dan kekacang | 2 sudu teh sebarang jenis daging atau isi Ikan ( ¼ ikan saiz sederhana) | 2 sudu teh sebarang jenis daging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ biji Telur | ½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur |
Susu | Susu ibu mengikut kehendak bayi | Susu ibu mengikut kehendak bayi | Susu ibu mengikut kehendak bayi /3 gelas susu |
Lemak, minyak | 1 sudu teh minyak | 1 ½ sudu teh minyak | 1 sudu teh minyak |
Pertukaran sukatan:
Sukatan 1 cawan = 200ml
>
Hish..susah nak ikut jadual kat atas
ni. Ini sebagai panduan sahaja. Terpulang kepada ibu bapa. Jangan
terlalu banyak beri makan, dan jangan paksa bayi anda makan! Ia akan
menjadikan makanan adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan.
Perhatian:
- Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. Sebabnya ginjal bayi masih belum matang untuk memproses semua tu. Anda juga tak berharap bayi anda sakit awal kan?
- Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. Ini memudahkan bayi menelan sayur kerana sayur berdaun seperti bayam sukar dilerai sekiranya tiada gigi. Hihi.
- Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu, untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
- Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. Maka, susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).
- Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial. Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri.
- Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. Sabar di sini ialah, sabarlah kemas kekotoran di lantai, dan sabarlah mengejar mereka makan. Hoho.
- Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.
- Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan. Puji mereka, ceria-ceriakan muka. Senyum dan ketawa. Hihi.
Selamat mencuba ye ibu-ibu.
No comments:
Post a Comment