dipetik dari blog: http://ibucergas.com/2011/01/makanan-bayi-yang-sihat-tanpa-pengawet/
Penyediaan Ayam Beku untuk Makanan Bayi (9 bulan ke atas)
1. Ambil bahagian daging ayam yang tidak berlemak, buang kulit dan tulang.
2. Rebus sehingga empuk dan lembut, minimumkan penggunaan air semasa merebus.
3. Kisar sehingga halus bersama air rebusan.
4. Masukkan ke dalam bekas acuan ais.
5. Bekukan semalaman.
Inilah hasilnya.
Ketulan ayam yang sudah dibeku dan diasingkan ke dalam bekas. Sedia untuk dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi.
Cara Penyediaan puree epal
Rebus epal yang telah dikupas kulitnya sehingga lembut. Tidak perlukan air yang banyak.
Puree epal dan puree lobak yang sedia untuk dibekukan
Cantik kan? Puree lobak yang telah baru dibekukan, dipindahkan ke dalam bekas bertutup lain supaya bekas ais tadi dapat diguna untuk membuat puree yang lain.
Puree yang boleh dihasilkan:
Puree Epal
Puree Keledek Merah
Puree Brokoli
Menyusun Menu Bayi Anda
menu makanan bayi perlu diperbagaikan agar bayi tidak bosan. Contoh seperti berikut.
1. Isnin: Bubur Nasi Putih + Brokoli + Ayam + Lobak Merah
2. Selasa: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Kobis Bunga
3. Rabu: Bubur Nasi Putih + Lobak Merah + Ayam + Bayam
4. Khamis: Bubur Nasi Putih + Epal + Brokoli
5. Jumaat: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Bayam +Ayam
6. Sabtu & Ahad: Banyak Kombinasi, sebab berada di rumah, jadi kadangkala beri pisang, betik, yang dijadikan finger food. Nasi juga tak lupa.
Campuran bubur nasi
Garam dan gula tidak dicampurkan sama sekali. Sekiranya bayi anda telah dimulakan pemakanannya dengan bubur segera di pasaran, hampir mustahil untuk bayi anda menerima makanan homemade yang tawar seperti di atas kerana sudah terbiasa dengan perisa tambahan, garam dan gula yang terdapat dalam bubur segera bayi. Oleh itu, mulakan pemakanan sihat bayi anda sedari awal, iaitu jangan mengenalkan langsung garam dan gula pada makanannya. InsyaAllah kerana sudah terbiasa dengan makanan terbabit, sehingga ke besar mereka tidak menyukai makanan terlebih garam dan gula.
Untuk memberi rasa manis pada bubur, pastikan elemen manis itu datang dari buah-buahan seperti epal, kobis bunga dan juga lobak merah. Boleh juga ditambahkan susu ibu untuk rasa lemak berkrim. Malah, susu ibu juga manis rasanya dan memberikan rasa biasa pada lidah bayi. Jika inginkan rasa masin, cukup hanya dengan menampah serbuk ikan bilis, sedikit sudah memadai.
No comments:
Post a Comment