Pages

Tuesday, 3 November 2015

Tips-tips memasak bubur bayi

copy paste dgn sedikit penambahbaikkan dari blog: surijunior dan yantipadli

Cara 1
Masak nasi seperti biasa.
Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.

Cara 2
Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
Simpan dalam bekas kedap udara.
Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.

Cara 3
Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
Ini untuk bayi yang besar sedikit.(Petua Shiha)

Cara 4
Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.

Cara 5
Masak menggunakan slow cooker.

Cara 6 (dari blog yantipadli.blogspot)

Masak guna termos. cara2nya ialah:
1. Beras 1 @ 2 pot
2. bekas termos
3. kuali menggoreng
4. tupperware utk simpan beras hancur
5. blender kering

Ikut step seperti di bawah:

  1. Rendam beras dalam 2 jam
  2. Then after that tos kan sampai kering.
  3. Lepas dah betul2 kering, goreng beras tadi atas kuali tampa minyak sampai kekuningan. Sampai kering tapi make sure bukan hangus. Kuning sikit-sikit.
  4. Lepas tu blender beras yang dah goreng tu sampai jd tepung atau pun kasar-kasar sikit. Depends la, tapi kalau I memang sampai tepung. 
  5. Dah siap, masuk lam bekas and simpan lam peti. Boleh tahan sebulan la..
Beras yang dah siap blend, agak kasar skit la plak kan..
Ok now nak tunjuk macamana nak buat bubur nas tu. Sonang saja...ni boleh buat pagi2 sebelum anta anak g nursery ataupun umah BS.
  1. Rebus air sampai mendidih.
  2. Masukkan 2 sudu atau 3 sudu (depand nak banyak mana) tepung beras tadi dalam termos makanan.
  3. Masukkan air mendidih tadi dalam termos. (ni perlu agak2 banyak mana, jangan banyak sangat nanti bubur banyak air, kalau sikit sangat takut tak masak pulak, ejas sendiri k)
  4. Tutup rapat dan biar dalam 10 mins atau lebih (masa ni leh la siap2, mandi ke apa kan..)
  5. then bila dah time, bukak then tengok dah jadi bubur...hoyyeaaahhhh..
Bubur dah jadi..hehehe..dah leh makan..
 

Saturday, 8 August 2015

Cara mengendali ebm jika outstation / bercuti selama 3 - 5 hari tanpa anak

1. Sebelum bertolak call tempat anda menginap sama ada terdapat kemudahan mini bar/fridge atau tidak. Jika tiada pastikan anda dapatkan kebenaran dr pihak hotel atau tempat menginap untuk tumpangkan ebm di chiller kitchen atau fridge kakitangan.

 
2. Jika bilik yang anda menginap disediakan kemudahan tersebut pastikan anda adjust suhu mini bar pd suhu yg paling sejuk, terus letak icepack supaya beku di tempat beku.

 
3. Semua susu yang dipam tidak perlu dibekukan. Kerana chilled ebm tahan 4-5 hari, jika anda bekukan pengendalian waktu travel balik nanti jadi agak sukar.

4. Jika anda outstation / berkursus pastikan anda bangun untuk mengepam bagi memastikan cik b dikosongkan secara konsisten dan mengelakkan production drop sebalik pulang dr outstation.

 
5. Jika anda berkursus atau menghadiri seminar, pastikan anda membawa bekalan makanan seperti biskut, roti, air susu kotak, air jus atau apa sahaja makanan ringan kerana ada waktu makan yang anda perlu excuse untuk mengepam.

6. Jika bilik tidak disediakan mini bar / fridge anda boleh menyimpan susu perahan di dalah cooler box berisi ais buat sementara waktu menunggu siang untuk menumpang di chiller hotel..jika ais juga tiada jgn risau kerana ebm boleh tahan sehingga 8 jam di dalam suhu bilik yang beraircond.

7. Saya lebih suka menyimpan ebm menggunakan storage bag 12oz kerana boleh menjimatkan ruang dan tidak perlu bawa lebih byk botol. 

(contohnya jika hasil perahan sepanjang 4 hari adalah sebanyak 100oz anda memerlukan 20 botol storage sebaliknya jika menggunakan storage bag anda cuma perlukan 9pcs sahaja..jgn risau takut berlaku kebocoran atau licking kerana kebanyakan storage bag di pasaran mempunyai double zipper lock)

8. Gunakan icepack yg telah difrozenkan dan jika tidak cukup tambahkan ais ke dalam cooler box..

9. Sekarang anda boleh bawa pulang ebm dgn hati yang tenang..

Saturday, 23 May 2015

DIY nursing cover dan T-shirt nursing

Hampir semua ibu2 masa kini suka "nursing baby" kan? jadi, antara aksesori untuk menjayakan penyusuan susu ibu antaranya ialah:

1) nursing cover
2) pakaian menyusu (yang senang diselak)
3) pakaian "friendly nursing" (yang biasanya ada zip di tengah2 bahagian hadapan baju)

tapi semuanya melibatkan budget untuk disediakan bukan? saya ada beberapa idea untuk menjaya penyusuan susu ibu. mari sama2 kita kongsikan.

idea pertama; jadikan selendang sebagai nursing cover (gunakan pashmina sbb dia besar dan lebar)
 
 
maka jadilah nursing cover yang macam ni:
credit image to : http://sumijelly.com

 
 
maka, dapatlah anda menyusu bayi anda begini:
 
 
idea kedua;
 
Ok, dah berjaya hasilkan nursing cover dengan cara yang mudah serta kos yang murah kan. Sekarang macam mana pula dengan baju nursing? tak kisahkan T-shirt nursing ker, jubah nursing ker, apa-apa boleh dibuat ok.
 
 
Jom, ikut idea saya selangkah demi selangkah. sediakan dua jenis baju. T-shirt dan singlet.
 
kemudian potong kedua-duanya ditengah-tengah:

 

 
kemudian cantumkan kedua-duanya:
 
  
bahagian atas T-shirt yang dipotong dijahit kemas. Kemudian sarungkan bersama. mudah cerita, refer gambar di bawah:
 
Nampak tak? bukan sahaja boleh apply pada T-shirt tapi juga pada jubah. saper2 yang pernah beli baju nursing feedmilk dan deemika pasti faham kaedah ini. kalau susah sangat, beli sahaja baju2 ini (of couse kalau ada budget lebih):
 
 
Selamat mencuba.
 

Wednesday, 20 May 2015

Pengendalian susu ibu yang disimpan

Kenapa kena kendalikan EBM dengan teliti dan disiplin??? Sebab susu ibu ni, susu yang mengandungi sel-sel hidup dan kita bekukan sel-sel itu supaya tak mati. Pengendalian yang betul menjamin nutrien dalam susu selamat dan berkhasiat untuk bayi.
ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)- yang ni aku cuma labelkan nombor sahaja... jika pump pagi, maka labelkan satu dan begitulah seterusnya hingga yang terakhir pada hari tersebut. 
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian tapi yang ni aku tak buat sebab hantar dekat pengasuh je... lagi pun bayi yg pengasuh aku jaga tu, minum susu formula... jadi tiada masalah bab ni... )

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
TEMPAT PENYIMPANAN
Suhu Bilik
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
  • Catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

Fridge/Freezer
  • Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
  • Peti Sejuk (2 pintu) 
    • - bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
    • - pintu bawah (rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

Catatan:
  • (sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
  • (selepas dibekukan >>chiller) - 24 jam
  • Deep freezer, tahan antara 6 bulan
  • Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK
  • Cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  • Cooler bag digunakan untuk membawa EBM dari rumah ke rumah pengasuh/taska.
  • Cooler box biasanya digunakan untuk membawa stok EBM dalam perjalanan jauh seperti balik kampung dan sebagainya. 
  • Cooler box/bag digunakan bersama-sama ice pack ataupun ketulan ais yang diletakkan garam untuk jadikan sejuk tahan lama. 

PERINGATAN!!!
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
Panduan Pengendalian susu oleh Pengasuh
  1. Botol susu di tag dari no 1-5. (untuk keja lebih 8 jam memang cukup 5 botol sebab selang 2 jam sekali)
  2. 4OZ atau 3OZ akan di isi setiap botol. (ikut keperluan bayi untuk sekali minum)
  3. Ibu bagi susu ikut turutan 1-5 - (sebab no.1 & 5 adalah fresh milk, dan 2,3,4 frozen milk)
  4. Bagi susu pada setiap 2 atau 3 jam.- (tapi kalau bayi lapar lagi, bagi je yang penting botol 1-4 ,mesti habiskn.)
Cara nak panaskn susu.
  1. Keluarkan susu dari freezer untuk panaskan. - (susu tu akan ada 2 lapisan foremilk & hindmilk,
  2. Sebelum panaskan ibu goyangkan botol tu dulu untuk sebatikn susu. Goyang manja gitu. Jangan goyang macam susu tepung tau.Nanti hilang zatnya.)
  3. Masukkan dalam warmer dan suhu dr 40-70. Jangan lebih 70. (masukkan susu dalam warmer terus bukan cup hijau.)
  4. Rasa susu sebelum bagi bayi minum. (panas atau suam) - sma macam rasa suhu bncuhan FM.
Catatan: 
  • Susu yang belum minum tapi dah dikeluarkan dari peti ais perlu dihabiskan 3-4JAM.
  • Susu yang sudah dipanaskan tetapi belum diminum perlu dihabiskan dalam lingkunagan 2-3JAM.
  • Susu yang dah minum  tapi tak habis time tu perlu dihabiskan 1-2JAM selepas tu. Jika tidak habis, maka buat ajelah mandi susu ea... 
  • Susu frozen yang dah dicairkan perlu habiskan dalam masa 24JAM.
  • Tidak boleh panaskan susu perahan terus di atas api dapur, ketuhar gelombang mikro (microwave oven) atau didihkan susu perahan.
dipetik sepenuhnya dari : http://www.mariafirdz.com/2014/03/panduan-pengendalian-susu-perahan-ebm.html

Wednesday, 22 April 2015

Ketupat Sotong Kelate (resepi dari kak noraini, PKT)

bahan2:
  • 1kg sotong
  • ¼ kg pulut
  • Rm2 ~ RM3 santan
  • Nise/ gula Melaka
  • Daun pandan

Cara2:
  1. Rendam pulut dlm air biasa.disyorkan semalaman.
  2. Buang air, rendam pulut dalam santan. Masuk sedikit garam.
  3. Masukkan pulut dalam sotong. Jgn isi penuh.
  4. Alas dasar periuk dengan daun pandan.
  5. Masak pulut sotong dengan santan dlm anggaran 10 ~ 15minit. Tambah sedikit garam.
  6. Masukkan nise.
  7. Tunggu sampai masak.

Monday, 19 January 2015

Puteri yang pertama, lahir setelah 4X induce

Pada 14.12.2014, jam 14.32 saya telah selamat melahirkan seorang Puteri yang pertama setelah mempunyai dua orang hero.

Alkisahnya, pada 10.12.2014, saya menjalani pemeriksaan mengandung seperti biasa di Klinik Kesihatan. hasilnya, timbangan saya turun 2 kg dan nurse suruh refer doktor. bila doktor scan, didapati bacaan air ketuban saya kurang dan perlu dimasukkan ke Hospital dengan segera. maka saya meminta izin untuk pulang ke kamping halaman di Kota Bharu, Kelantan dan ingin dimasukkan ke Hospital Kota Bharu kerana risau jika saya di,asukkan di Hospital Kuala Terengganu, dua orang anak saya tidak dapat diuruskan oleh suami saya seorang. almaklum sajalah, kami tiada saudara mara di sini. susah intuk suami untuk jaga anak2 serta saya dihospital. jika saya bersalin, pasti suami tak dapat temankan saya.

tiba di rumah ayah di Kota Bharu, saya sudah agak lewat. jadi pergi hospital pada pukul 12.30 tengah malam. bila tiba di sana, doktor2 dan misi2 seakan mengejek saya pula. kata mereka kes saya ni tak perlu datang malam buta. esok pagi pun boleh datang. pelik juga saya sebab doktor di klinik kesihatan kata kena masuk hospital segera. walaubagaimana pun saya tetap dimasukkan ke wad juga. cuma urusan itu agsk lambat juga. pukul 4.30 pagi dimasukkan ke wad. kesihatan suami menunggu di luar. anak2 di rumah ayah plak tak tido menunggu abah mereka.

11.12.2014, pagi tu lebih kurang pukul 7 pg, saya di induce untuk kali pertama tapi tak ada contraction lagi. kali kedua, 12.12.2014 saya di induce lagi kali ke-2 tapi kesannya sama juga. kali ketiga, 13.12.2014 di induce lagi tapi tak jalan juga. maka, saya jadi risau sebabnya doktor kata imduce sampai 3 kali je, kalau tak operate. saya pun takut la. air selusuh ada minum tapi tak jalan juga. air kelapa minum sampai 1.5liter pun tak jalan juga. sebab dah banyak sangat duduk di wad tu, semua yang terpampar di dinding wad saya baca. ada juga baca doa Nabi Yunus ketika terperangkap dalam ikan pauh, jadi doa tu dapat saya hafal sebab dah baca tiap2 kat dinding sebelah katil tu.

14.13.2014, doktor masukkan ubat induce untuk kali ke-4. misi2 kat situ pun dah kenal saya, maklum saja jarang plak orang induce sampai 4 kali ni. malah, jika misi ada pesakit yang tak bersalin-salin lagi lepas induce atau dah sampai masa, misi bagi contoh saya. katanya ada otang dah 4 kali induce pun tak bersalin jugak. haha...saya la tu. hari tu induce dalam pukul 6 pagi. pukul 10 pagi tu baru terasa sakit sikit2. so, saya suruh suami datang, tapi lambat juga dia baru sampai sebab terpaksa uruskan anak2 di rumah. lebih kurang waktu melawat dalam pukul 12 tgh hr bru sampai.

time tu, makanan baru sampai ke katil. suami suruh saya makan tapi saya malas nak makan. tapi akhirnya makan juga sebab kena paksa. suami suruh minum minyak selusuh yang dibuat oleh ayahnya, a.k.a ayah mentua saya. pukul 1 ptg, doktor check jalan dan kata dah terbuka 4 cm. kes induce macam saya ni 4 cm dh kena masuk dewan bersalin. tak lama kemudian, mak dan ayah mentua datang bawa 2 biji telur masak separuh dan suami paksa juga saya makan. masa tu doktor dah suruh masuk dewan bersalin tapi dia benarkan saya makan telur masak separuh tu dulu. sempat juga makan kurma. dalam pukul 1.30 gitu, saya ditolak ke dewan bersalin.

dalam dewan bersalin tu, saya di pasang alat pada perut untuk check pergerakkan baby. tak ingat pula nama apa, tapi alat yang keluarkan graf tu. saya diperiksa oleh 3 orang misi yang dah nak pencen tapi tersangatlah peramah. mereka misi dari Hospital Kuala Terengganu yang berumur 58 tahun. kata mereka sedang kursus di Hospital Kota Bharu, katanya kursus sebelu  pencen. nampak macam dorang tak biasa handle orang bersalin, sebab macam ditunjuk ajar oleh orang lain. disebabkan kat buku mengandung tu tertulis alamat saya di terengganu, maka bertambah peramahlah mereka menceritakan tentang diri mereka.

dalam sakit2 tu, rasa  tenang sangat. tak lama lepas tu doktor check jalan dan kemudian pecahkan air ketuban. bila air ketuban dan pecah, automatik saya rasa nak meneran je. bila bagitau yang rasa nak meneran, dorang check lagi jalan dan suruh saya teran. misi pergi panggil suami saya tapi dia plak boleh tak ada kat luar. maka, tak lama selepas itu saya telah lahirkan seorang puteri yang comel tanpa ditemani suami, buat pertama kalinya. alhamdulilah, berkali2 saya panjatkan syukur pada Allah swt, kerana buat pertama kali saya bersalin dengan sangat mudah, sakit yang sedikit dan tak lama serta tanpa koyakkan dan jahitan. dan paling terkejut bila misi kata berat baby 3.4 kg. baby paling berat pernah saya lahirkan.

baby lahir pada pukul 2.32ptg. kemudian proses menyiapkan dokumen2 tersangatlah lama. pukul 6.30ptg barulah saya ditolak ke wad. namun, saya sangat berpuas hati dengan servis di Hospital 
kota Bharu. semua staf hospital baik2 belaka. hospital kerajaan tetap menjadi pilihan saya.

inilah Puteri Summayyah, yang baru selamat dilahirkan. semoga menjadi anak yang taat dan beriman. juga jadi best friend mama bila besar nanti. nanti besar, kita masak sama2 ye sayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...