Alkisahnya, pada 10.12.2014, saya menjalani pemeriksaan mengandung seperti biasa di Klinik Kesihatan. hasilnya, timbangan saya turun 2 kg dan nurse suruh refer doktor. bila doktor scan, didapati bacaan air ketuban saya kurang dan perlu dimasukkan ke Hospital dengan segera. maka saya meminta izin untuk pulang ke kamping halaman di Kota Bharu, Kelantan dan ingin dimasukkan ke Hospital Kota Bharu kerana risau jika saya di,asukkan di Hospital Kuala Terengganu, dua orang anak saya tidak dapat diuruskan oleh suami saya seorang. almaklum sajalah, kami tiada saudara mara di sini. susah intuk suami untuk jaga anak2 serta saya dihospital. jika saya bersalin, pasti suami tak dapat temankan saya.
tiba di rumah ayah di Kota Bharu, saya sudah agak lewat. jadi pergi hospital pada pukul 12.30 tengah malam. bila tiba di sana, doktor2 dan misi2 seakan mengejek saya pula. kata mereka kes saya ni tak perlu datang malam buta. esok pagi pun boleh datang. pelik juga saya sebab doktor di klinik kesihatan kata kena masuk hospital segera. walaubagaimana pun saya tetap dimasukkan ke wad juga. cuma urusan itu agsk lambat juga. pukul 4.30 pagi dimasukkan ke wad. kesihatan suami menunggu di luar. anak2 di rumah ayah plak tak tido menunggu abah mereka.
11.12.2014, pagi tu lebih kurang pukul 7 pg, saya di induce untuk kali pertama tapi tak ada contraction lagi. kali kedua, 12.12.2014 saya di induce lagi kali ke-2 tapi kesannya sama juga. kali ketiga, 13.12.2014 di induce lagi tapi tak jalan juga. maka, saya jadi risau sebabnya doktor kata imduce sampai 3 kali je, kalau tak operate. saya pun takut la. air selusuh ada minum tapi tak jalan juga. air kelapa minum sampai 1.5liter pun tak jalan juga. sebab dah banyak sangat duduk di wad tu, semua yang terpampar di dinding wad saya baca. ada juga baca doa Nabi Yunus ketika terperangkap dalam ikan pauh, jadi doa tu dapat saya hafal sebab dah baca tiap2 kat dinding sebelah katil tu.
14.13.2014, doktor masukkan ubat induce untuk kali ke-4. misi2 kat situ pun dah kenal saya, maklum saja jarang plak orang induce sampai 4 kali ni. malah, jika misi ada pesakit yang tak bersalin-salin lagi lepas induce atau dah sampai masa, misi bagi contoh saya. katanya ada otang dah 4 kali induce pun tak bersalin jugak. haha...saya la tu. hari tu induce dalam pukul 6 pagi. pukul 10 pagi tu baru terasa sakit sikit2. so, saya suruh suami datang, tapi lambat juga dia baru sampai sebab terpaksa uruskan anak2 di rumah. lebih kurang waktu melawat dalam pukul 12 tgh hr bru sampai.
time tu, makanan baru sampai ke katil. suami suruh saya makan tapi saya malas nak makan. tapi akhirnya makan juga sebab kena paksa. suami suruh minum minyak selusuh yang dibuat oleh ayahnya, a.k.a ayah mentua saya. pukul 1 ptg, doktor check jalan dan kata dah terbuka 4 cm. kes induce macam saya ni 4 cm dh kena masuk dewan bersalin. tak lama kemudian, mak dan ayah mentua datang bawa 2 biji telur masak separuh dan suami paksa juga saya makan. masa tu doktor dah suruh masuk dewan bersalin tapi dia benarkan saya makan telur masak separuh tu dulu. sempat juga makan kurma. dalam pukul 1.30 gitu, saya ditolak ke dewan bersalin.
dalam dewan bersalin tu, saya di pasang alat pada perut untuk check pergerakkan baby. tak ingat pula nama apa, tapi alat yang keluarkan graf tu. saya diperiksa oleh 3 orang misi yang dah nak pencen tapi tersangatlah peramah. mereka misi dari Hospital Kuala Terengganu yang berumur 58 tahun. kata mereka sedang kursus di Hospital Kota Bharu, katanya kursus sebelu pencen. nampak macam dorang tak biasa handle orang bersalin, sebab macam ditunjuk ajar oleh orang lain. disebabkan kat buku mengandung tu tertulis alamat saya di terengganu, maka bertambah peramahlah mereka menceritakan tentang diri mereka.
dalam sakit2 tu, rasa tenang sangat. tak lama lepas tu doktor check jalan dan kemudian pecahkan air ketuban. bila air ketuban dan pecah, automatik saya rasa nak meneran je. bila bagitau yang rasa nak meneran, dorang check lagi jalan dan suruh saya teran. misi pergi panggil suami saya tapi dia plak boleh tak ada kat luar. maka, tak lama selepas itu saya telah lahirkan seorang puteri yang comel tanpa ditemani suami, buat pertama kalinya. alhamdulilah, berkali2 saya panjatkan syukur pada Allah swt, kerana buat pertama kali saya bersalin dengan sangat mudah, sakit yang sedikit dan tak lama serta tanpa koyakkan dan jahitan. dan paling terkejut bila misi kata berat baby 3.4 kg. baby paling berat pernah saya lahirkan.
baby lahir pada pukul 2.32ptg. kemudian proses menyiapkan dokumen2 tersangatlah lama. pukul 6.30ptg barulah saya ditolak ke wad. namun, saya sangat berpuas hati dengan servis di Hospital
kota Bharu. semua staf hospital baik2 belaka. hospital kerajaan tetap menjadi pilihan saya.