Pages

Saturday, 19 October 2013

krim untuk kegatalan kulit

anak mengalami kegatalan kulit sejak lahir sampai sekarang (skrg nk masuk 2 tahun).
macam2 krim, sabun dan losyen telah digunakan. dari yang beli sampai yg buatan sendiri, tak semua tu kena tukar2 sebabnya mula2 okay, lama2 tak okay balik.

tapi dop google2 jumpa info pasal krim2 dr satu blog. so, copy paste kat sini untuk rujukan sendiri dan untuk perkongsian dengan orang lain.

Antara 6 jenis ubat krim gatal mampu rawat masalah kegatalan kulit:

1.Calamine cream
Sesuai untuk semua peringkat umur. Lebih kepada gatal ruam ringan atau kesan alergik.
brand yang saya guna dermaplex. ada juga dalam bentuk losyen. harga RM 4.20 hingga RM6.00.


2.Crotamitone cream
Kulit orang yang gatal akibat gigitan nyamuk atau kudis buta yang ringan

3.Miconazole cream
Kulit yang gatal kesan kulat atau fungal ,ruam lampin

4.Nystatin cream
Kulit yang gatal kesan kulat terutama pada orang perempuan

5.Clotrimazole cream
Kulit orang perempuan yang gatal terutama bahagian sulit. boleh juga untuk ruam lampin.
brand yang saya guna candazole. RM11.90 sahaja.

6.Bethamethasone cream
Untuk kulit orang lelaki dan perempuan bukan hamil yang gatal kuat

7.Hydrocortisone cream
Untuk orang lelaki dan perempuan yang gatal kulit
Termasuk kanak-kanak

8. chloride and cetrimide cream
untuk ruam lampin bayi dan kanak-kanak. kedua-dua bahan ini bertindak sebagai anti-septic untuk mencegah ruam lampin. brand yang saya beli Drapolene cream. harga dalam RM11.90.


update krim untuk kegatalan kulit
(dicopy dr https://www.facebook.com/Piicm.Malaysia/posts/497116223684573 dan http://farmasianis.tripod.com/steroid.htm)

Krim jenis ini banyak digunakan untuk:

1)merawat ruam lampin (selalunya dicampur dengan ubat anti-kulat) seperti Daktacort, Candacort, Decocort, dsb

2)gatal-gatal disebabkan alahan (allergy) seperti Elomet, Hydrocortisone, Betnovate, Dermovate, dsb

3)gigitan serangga

4)gatal di bahagian sulit - selalunya lelaki menghadapi masalah gatal di celah kelangkang

5)psoriasis seperti Dermovate, Diprosalic, Beprosalic, Elomet, dsb


Krim-krim ini tidak boleh digunakan:
  Untuk jangkamasa panjang & dengan banyak. Ia harus disapu nipis-nipis ke bahagian yang kena. Sekiranya boleh, tidak perlu digosok, cuma sapu sebagai satu lapisan yang nipis.

Antara kesan-kesan sampingan steroid ialah:
1) ia akan menipiskan kulit anda
2)Sekiranya penggunaan berlebihan (lama atau banyak), mungkin akan berlaku penyerapan ke dalam badan (systemic absorption) yang boleh membawa kesan-kesan buruk terhadap kesihatan anda

Ada di antara steroid yang digunakan agak kuat dan tidak sesuai untuk bayi.

Untuk bayi, steroid yang boleh digunakan ialah hydrocortisone atau mometasone (generasi baru). Jenama terkenal seperti Econazine tidak sepatutnya digunakan pada bayi.

Krim yang mengandungi steroid betamethasone, clobetasol, triamcinolone tidak sesuai untuk penggunaan pada bayi atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...