Hari saya nak share sikit petua kecantikkan.
em, nak dapatkan kulit yang gebu, bebas jerawat, noda hitam dan sisik2 di atas hidung.
saya guna 3 benda. ia murah saja iaitu konjac sponge, sabun habbatus sauda dan krim zaitun.
konjac ni saya order dari korea melalui www.qoo10.my . harga dia berubah2 ikut promosi antara RM8 hingga RM40. time saya beli ada promosi, RM10 termasuk pos. tp pakai normai postage lar. ia ambil masa 3 ke 4 minggu untuk deliver dari korea ke malaysia. Lama takpe, janji murah. hehe...
konjac ni ada banyak jenis tapi say suka yang ada campuran dengan bamboo charcoal.
ni la rupe konjac sponge ni. kat sini ada 3 jenis konjac.
Yang kedua ialah sabun habbatussauda yang saya beli dari kedai kurma ajees di Kuala Terengganu. harga dia dalam RM5 rasanya. kat kedai ni dia jual banyak permakanan sunnah seperti kurma, habbatussauda, zaitun,madu, dsb. sabun ni betul2 best. terasa lembut je kulit lepas guna ni. jerawat pun dah segan nak kuar.bintik2 hitam atas hidung dah tak berapa clear dah.
Ni la rupe sabun habbatus sauda tu. brand dia: Queen Love. kotak dia dah terbuang.
oh ya, lupa nak bagi tau cara guna kedua2 bahan ini. mula2 cuci muka dengan air dulu. kemudian sabun muka dengan sabun habbatus saudah. kemudian, gosok dengan span konjac secara membulat di muka. kalau sabun tak cukup, buihkan sabun di span tu, kemudian gosok ke muka.
ok, last skali pakai krim zaitun. yang ni pun beli di kedai kurma ajees juga. harga dia tak sampai RM10.pakai ni pagi dan malam selepas mandi. kulit jadi lembut sangat, selembut kulit baby. hoho...
Jadi, ape tunggu lagi. cubalah dan rasai sendiri...