Pages

Sunday 28 April 2013

Kesan buruk Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES)

copy from: http://www.srcinteligent.com/2011/12/kesan-buruk-sodium-lauryl-sulfate-sls.html

Setiap hari kita perlu membersihkan badan dengan menggunakan sabun mandi, shampu, ubat gigi dan lain-lain bahan mandian. Begitu juga dengan barangan dapur dan rumah yang kita gunakan seperti sabun basuh baju, pinggan mangkuk, lantai dan lain-lain. kebanyakan pengguna membeli barang dengan melihat jenama tetapi tidak kepada bahan kimia yang digunakan. Bahan kimia yang digunakan dalam setiap barangan seperti yang disebutkan tadi sebenarnya adalah sangat penting. Ini kerana ada bahan kimia yang digunakan akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan pengguna secara tidak langsung dan memberi kesan dalam jangka hayat yang panjang.




Dalam episod ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES). SLS ataupun SLES adalah salah satu bahan kimia yang terdapat di dalam barangan seperti sabun dan shampu yang kita gunakan setiap hari.


 
Kenapa kebanyakan produk berkaitan mempunyai SLS ataupun SLES???
SLS dan SLES adalah berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak di dalam produk seperti sabun dan shampu. Ini disebabkan oleh ramai pengguna gemar menggunakan sabun dan shampu yang mempunyai buih yang banyak. Bagi pengguna ianya adalah lebih memuaskan.




Bagi produk seperti sabun pinggan mangkuk, lantai dan lain-lain, ia juga adalah berfungsi untuk menanggalkan minyak dan kotoran.

Ianya juga adalah murah dan ini dapat mengurangkan kos pembuatan produk tersebut.


Keburukan SLS dan SLES.
Terdapat banyak kesan buruk daripada pengunaan sabun dan shampu yang mempunyai SLS dan SLES. Salah satunya adalah penyakit kanser. SLS dan SLES juga sering dijumpai di kedai basuh kereta dan garaj yang digunakan untuk nyahgris enjin kereta.

Sama juga fungsinya kepada kulit pengguna. Ianya akan melarutkan minyak di dalam kulit pengguna dan menyebabkan kulit menjadi kering. Ianya juga akan mengubah protein kulit dan akan menyebabkan keradangan pada kulit dan juga mudah mencemarkan bahagian kulit luar yang sensitif. SLS juga banyak memberi kesan ke atas mata pengguna.


Yang lebih membimbangkan adalah SLS akan diserap oleh kulit pengguna. Apabila SLS sudah diserap oleh kulit, kesan utama adalah SLS akan berfungsi sama seperti hormon estrogen dalam badan manusia. Ini akan memberikan banyak kesan buruk terhadap kesihatan manusia seperti PMS dan simptom monopos. SLS juga akan mengurangkan kesuburan lelaki dan meningkatkan kebarangkalian penyakit kanser kepada kaum wanita seperti kanser payudara apabila tahap estogen terlibat.

Carta pai di atas menunjukkan peratusan kesan kepada pengguna dengan penggunaan produk yang mempunyai SLS dan SLES.
Sebagai kesimpulan, marilah kita sama menggunakan produk yang tidak mempunyai SLS dan SLES untuk kebaikan dan kesihatan kita bersama.
 

Friday 19 April 2013

Me and babywearing

Hoho.. Anak dah setahun setengah tp still ber babywearing. Yg sy guna ni berjenis SSC.sgt selasai.dah lebih setahun guna, masih dlm keadaan baik walaupun hari2 guna.

Sy bukan sj guna time shopping tp jg time kemas rumah seperti menyapu dan menyidai kain. Jd mmg btul2 alah membeli menang memakai.

Yg ni brand baby house, saya beli dari ebay.com. Ianya dipos dari korea selatan. Time tu harga dia cuma RM 160 termasuk pos. boleh dikatakan murah dgn kualiti yg terbaik. Sbb sy dh tgk kat online yg kat malaysia smua RM 250 dan ke atas. Klu ada yg murah buatan china tp kualiti sgt tidak memuaskan

So, sape2 nak beli try belek dari ebay.com.my atau qoo10.my. Situ blh beli produk oversea tp dgn syarat ada akaun paypal utk mudahkan pembayaran yg melibatkan tukaran wang asing.

Ok, selamat ber babywearing semua!!


Buat sendiri pencuci muka+skrub muka

Nak share cara buat pencuci muka a.k.a skrub muka. Tip ni sebenarnya dari Homemade by zanox yg dikeluarkan dalam majalah. Tp sebab dah cuba dan dapati kesannya sgt baik utk kulit saya, jd nk share utk u all semua. Mana lah tau korang tak terbaca majalah ni. Ok resepinya yg snap dr gmbr majalah ni je ok.



Kalu ikutkan resepi asal guna minyak bunga mayahari tp sy guna minyak zaitun sbb itu yg sy ada. Takkan nk guna minyak masak plak kn. hehe.. Testimonial sy lepas guna skrub ni muka jd licin dan berseri2. Utk kulit berminyak sy tak pasti ok ke tak sbb pencuci ni malembapkan kulit wajah. Dan sy berjenis combination skin. Jd ok ler. Yg kulit kering amat digalakkan. Cubalah, tak yah susah2 beli pencuci dipasaran yg mengandungi SLS dan SLES serta paraben yg menjadi penyebab kenser.





Wednesday 3 April 2013

PENJAGAAN KULIT UNTUK SI MANJA

PENJAGAAN KULIT UNTUK SI MANJA
Kulit bayi begitu halus dan sensitif terutamanya selepas kelahiran. Keadaan ini memerlukan penjagaan dan belaian yang khusus agar dapat mengelakkan ruam yang timbul akibat penggunaan bahan kimia dalam sabun, shampu dll, jangkitan kuman dan keadaan cuaca. Adakah anda patut mendapatkan nasihat doktor setiap kali bayi anda menunjukkan tanda ruam pada kulit badannya? Untuk menyentuh secara menyeluruh masalah kulit yang mungkin wujud pada bayi adalah mustahil di dalam artikel yang ringkas ini. Walaubagaimanapun, berikut dibincangkan antara masalah kulit yang sering timbul pada bayi.

RUAM PANAS
Apabila pori kulit bayi menjadi tersumbat maka berlakulah ruam panas. Penyumbatan tersebut mungkin disebabkan oleh pakaian bayi yang terlalu tebal, ketiadaan pengudaraan bilik yang sesuai, penggunaaan produk penjagaan kulit yang tidak serasi seperti minyak bayi, losyen dan bedak yang berlebihan.

Ruam panas sering timbul seperti bintil merah yang kecil terutamanya pada pelipat kulit seperti di leher, bahu, kawasan lampin dan juga di bahagian pipi. Keadaan ini selalunya tidak menyebabkan ketidakselesaan yang begitu ketara dan akan berlalu dengan cepat jika tidak di rumitkan oleh masalah lain seperti jangkitan kuman.

Elakkan dari terlampau memakaikan pakaian yang tebal dan menutup pada bayi. Baju yang nipis yang dibuat oleh bahan yang mudah menyerap (kain kapas) sesuai di pakaikan pada bayi. Pastikan pengudaraan bilik berada di dalam keadaan sempurna dan sebolehnya adakan pergerakkan udara seperti memasang kipas angin. Lapkan badan bayi apabila ia berpeluh dengan kain bersih yang lembab. Mandikan sekerap yang perlu.

RUAM LAMPIN
Ruam ini berlaku apabila dibiarkan permukaan kulit bayi lama bersentuh dengan najis atau air kencingnya. Kuman di dalam najis tadi akan bertindakbalas dengan air kencing untuk membentuk sebatian ammonia yang boleh menyebabkan irritasi pada kulit. Keadaan kulit kelihatan bertompok merah dan membentuk radang. Kadangkala berlaku jangkitan dengan adanya bintil kecil yang bernanah. Ianya berlaku di kawasan lampin yang begitu sensitif.

Krim yang bertindak sebagai lapisan pemisah seperti yang mengandungi Zink dioksida boleh disapukan pada kulit bahagian lampin untuk mengelakkan ruam tersebut. Tukarkan lampin sekerap yang perlu. Kadangkala adakan masa di mana bayi tidak dipakaikan lampin untuk membenarkan permukaan kulit tersebut bernafas. Jika anda memakaikan lampin kain, pastikan ada ketika yang anda tidak pakaikan pelapik plastik agar dapat memudahkan pernafasan kulit. Apabila membasuh kain lampin, pastikan ianya dibilas dengan sempurna agar tiada bahan kimia saki baki dari bahan pencuci yang masih terlekat pada kain lampin tersebut. Mungkin juga anda perlu menukarkan kepada lampin pakai buang buat seketika.

Basuh permukaan kulit bahagian lampin sekerap yang perlu dan elakkan dari menggunakan pencuci tisu lap pakai buang yang mengandungi alkohol kerana ianya bertindak mengeringkan kulit bayi. Elakkan dari memakai bedak dengan terlalu tebal kerana bedak tersebut akan memerangkap air kencing atau najis dan menyukarkannya dari proses penyejatan secara semulajadi.

Ruam lampin kadangkala boleh dikomplikasikan dengan jangkitan kulat. Keadaan ini dikenali apabila ruam lampin tadi tidak lagi sembuh dengan cara-cara penjagaan seperti di atas. Kulit akan menjadi lebih merah, nipis dan kadangkala seperti melecet. Bayi akan merasa begitu tidak selesa. Keadaan ini memerlukan rawatan dengan menyapukan krim anti fungal pada bahagian tersebut.

ATOPIK EKZEMA/DERMATITIS

Keadaan ini wujud disebabkan masalah hipersensitiviti atau alahan pada kulit bayi. Ianya mungkin diwarisi dan selalunya kanak-kanak tersebut mudah mendapat masalah hipersensitivit yang lain seperti resdung, gatal-gatal mata dan lelah asthma.

Kulit bayi akan kelihatan merah, kering dan bersisik. Ianya selalunya terjadi pada permukaan kulit di bahagian muka terutamanya di pipi, pelipat antara sendi seperti di siku, lutut, pergelangan tangan dan kaki dan juga di bahagian atas peha. Keadaan ini mengakibatkan kegatalan kulit yang ketara dan menyebabkan bayi sering tergaru-garu sehinggakan kulit tadi menjadi merah dan melecet. Ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi tebal (lichenifikasi) atau kulit menjadi pecah dan jangkitan kuman boleh berlaku. Kulit menjadi kering dan kasar apabila disentuh.

Langkah pencegahan perlu diambil dengan mengenalpasti punca alahan terlebih dahulu. Antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah habuk, hama, polusi udara, pemakanan dan bahan kain pakaian. Makanan yang mempunyai protein binatang (terutamanya makanan laut) dan bahan kimia (bahan pewarna, pengawet dan perisa) perlu di kenalpasti dan dielakkan. Kajian menunjukkan bayi yang diberi susu ibu sehingga 6 bulan jarang mendapat masalah ekzema. Jika di berikan susu formula, anda mungkin dapat menggunakan susu yang dibuat oleh protein tumbuhan untuk menggantikan susu lembu. Elakkan dari produk tenusu sehinggalah bayi berumur setahun jika terdapat sejarah ekzema dalam keluarga. Dapatkan nasihat doktor jika keadaan menjadi lebih teruk.

Potongkan kuku bayi dan pakaikannya sarung tangan supaya ia tidak mencederakan kulitnya apabila menggaru di waktu malam. Elakkan keadaan yang terlalu panas atau sejuk kerana ia dapat memburukkan keadaan. Sentiasa kekalkan kelembapan pada kulit bayi. Ketika mandi, elakkan dari menggunakan sabun yang beralkali kerana ia mengeringkan kulit. Gunakan pelembab yang sesuai. Kadangkala krim yang mempunyai steroid yang rendah akan diberikan oleh doktor anda untuk mengatasi masalah tersebut tetapi awas, jangan digunakan secara berlebihan atau berterusan kerana ia boleh menipiskan kulit bayi di samping bahaya yang mungkin timbul jika diserap ke dalam badan. Pastikan kain bayi di bilas sempurna (kadangkala bilas kali kedua) untuk mengeluarkan bahan kimia dari sabun pencuci yang dipakai. Gunakan pakaian yang dibuat dari kain kapas dan elakkan menggunakan kain nylon ataupun bulu (wool).

CRADLE CAP
Keadaan kulit kepala ini berlaku selalunya pada 10 minggu pertama bayi selepas lahir. Ia membentuk sisik kekuningan yang berminyak pada bahagian kulit kepala, dahi, muka, kening, belakang telinga dan di bahagian kemaluan. Faktor yang menyebabkannya tidak begitu di kenalpasti tapi dijangka ada kaitan dengan atopik ekzema, Cuma ianya berlaku pada kawasan yang berlainan. Ia selalunya tidak menyebabkan masalah yang serius.

Sapukan minyak bayi atau zaitun pada kawasan yang berkerak semalaman sebelum dibasuh pada keesokan hari dapat membantu menanggalkan sisik tersebut. Basuh kepala dengan syampu dan beruskan rambut bayi dengan berus lembut.

PERLINDUNGAN MATAHARI
Kulit bayi yang sensitif dengan mudah dapat mengalami tanda kebakaran disebabkan oleh sinaran matahari yang terik. Jika kanak-kanak terdedah kepada masalah kulit terbakar oleh matahari, mereka akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser kulit ketika dewasa kelak.

Kulit bayi perlulah dilindungi dari sinaran matahari yang tepat seperti dengan memakaikannya topi yang melindungi kulit muka dan leher ataupun dengan menggunakan payung. Bantuan dari krim pelindung matahari (sunblock) yang mempunyai SPF 20 sesuai digunakan. Krim itu perlulah disapu secukupnya dengan mengelakkan bahagian mata, mulut dan tapak tangan/jari. Jika dimandikan, sapukan semula krim tersebut walaupun jika anda menggunakan krim yang kalis air. Dapatkan rawatan segera jika bayi anda mengalami kesan kebakaran oleh matahari. Pastikan anak anda minum air secukupnya ketika cuaca panas untuk mengelakkan masalah heatstroke dan untuk mengelakkan dari masalah dehidrasi atau kekurangan air. Ingatlah untuk sentiasa memastikan anak anda berada dalam keadaan teduh.

IMPETIGO

Ini merupakan jangkitan kuman Staphylococcus dan group A Streptococcus yang sering terjadi kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ia mudah berjangkit melalui sentuhan. Ia kerap terjadi di sekitar mulut dan hidung dan juga celah pelipat. Keadaan kulit dilihat seperti membentuk gelembung-gelembung air yang kecil dan seterusnya pecah dan kelihatan seperti kulit yang melecur. Ia akan mengeluarkan air dan membentuk kerak kulit berwarna perang kekuningan.

Ia nya mudah dirawat dengan menggunakan antibiotik dan bahagian kulit dicuci dan di sapu dengan antiseptik. Elakkan dari penyentuhan kulit ke atas kanak-kanak lain seperti berkongsi tuala, kain lampin dan sebagainya. Selalunya ia mengambil lebih kurang 5 hari sebelum kering dan sembuh.

KUDIS BUTA

Ini merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh hama yang halus dan menjangkiti pada pori kulit manusia. Ia adalah penyakit yang berjangkit dan selalu berpunca dari jangkitan komuniti spt dari pelajar asrama. Scabies atau kudis buta perlu dirawat dengan sempurna untuk tidak menyebabkannya berulang lagi.

Tandanya ialah bengkak seperti gelembung halus pada kulit terutamanya di tapak tangan/kaki, celah jari, ketiak, pelipat dan bahagian kemaluan. Ia tersangat gatal dan akan menjadi bernanah apabila dijangkiti kuman. Untuk merawat kudis buta, perlu disapu dengan ubat racun hama spt EBB lotion atau Crotorax. Ia seelok-elok di lumur keseluruhan badan dari tengkok ke bawah sebelum tidur malam. Lebih efektif jika dimandikan tubuh dengan air suam untuk membuka pori-pori kulit terlebih dahulu. Pembersihan segala pakaian dan perabot seperti sofa dan karpet yang dijemur di bawah matahari panas akan membuatkan hama tersebut keluar dari tempat persembunyiannya.Ubat tahan gatal akan membantu dari keadaan tergaru-garu pada malam hari.

KUDIS API
Kudis ini pula sering menjangkiti kulit di bahagian bawah lutut ke kaki. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman dan mudah berjangkit. Ia nya kelihatan seperti bisul kecil yang mengeluarkan nanah atau lendiran.

Rawatan ialah dengan penjagaan kebersihan yang sempurna. Ubat seperti antibiotik membantu membunuh kuman. Ubat antiseptik seperti pembasuh luka dan krim juga boleh di gunakan pada kudis tersebut. Selalunya penyembuhan adalah menyeluruh dan jarang berulang semula kecuali aspek kebersihan di abaikan.

DARI ASPEK RAWATAN DAN PENJAGAAN ALTERNATIF
Masalah kulit bayi yang sensitif kadangkala agak rumit untuk di atasi. Terutamanya bagi bayi yang hipersensitif atau menunjukkan tanda-tanda alahan pada peringkat awal usia. Disebabkan masalah kulit ini sentiasa berulang-ulang dan tidak mudah dirawat, maka aspek rawatan secara alternatif perlu difikirkan. Di dalam artikel ini saya akan membincangkan penggunaan produk Gamat eMas bagi menyempurnakan penjagaan kulit simanja.

Antara kesan yang diberikan oleh ekstrak gamat ialah :

ANTIHISTAMINA mampu melawan masalah alahan kulit

ANTI RADANG membantu mengatasi masalah merah dan bengkak kulit

VITAMIN E gamat kaya dengan vitamin E semulajadi - memberi khasiat sempurna untuk penjagaan kulit

VASODULATASI menggalakkan pengaliran darah ke kulit untuk membawa nutriens yang diperlukan oleh sel kulit.

KOLLAGEN membantu penjagaan kulit

PENUMBUHAN SEL menggalak penyembuhan kulit yang rosak

ANTI FUNGAL melawan jangkitan kulat pada kulit

ANTI OKSIDAN membantu mengelakkan proses degenerasi dan penuaan

ANTINOSISEPTIF membantu mengurangkan rasa irritasi pada kulit

Formulasi unik produk Gamat eMas yang menggabungkan pati gamat tulin dan bahan-bahan moden seperti pelembab membuatkan ianya sesuai digunakan untuk penjagaan kulit simanja tanpa bimbang akan kesan sampingan. Antara produk yang disyorkan ialah:


KRIM : Untuk disapu ke bahagian ruam, merah dan bengkak kulit. Juga dapat menipiskan parut.

BUIH MANDIAN : Sejenis sabun yang berkesan melawan masalah ruam kanak-kanak setelah dimandikan. Turut boleh dijadikan sebagai pencuci luka.

PGPV : Mengandungi khasit ekstrak gamat yang sejati dengan rasa yang enak pasti menjadi kegemaran kanak-kanak.

LOSYEN BADAN : Untuk perlindungan kulit bayi dari cuaca yang panas dan kering. Melembabkan dan mengelak dari rekahan kulit.

GEL : Untuk melawan radang kulit seperti gigitan serangga dan bengkak kulit.



Dr Syid Ayob bin Syid Mustafa Alqudri
MD V.U.B (Brussels, Belgium)
semua maklumat dicopy dari : http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?13.0000002164
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...